TENTANG KAMI

“ Fotografi adalah cara dimana kita merasa, menyentuh, dan mencintai. Apa yang telah dirakam oleh kamera akan mengingatkan anda tentang hal-hal kecil, setelah anda lupa segalanya.”  – Aaron Siskind

Kenapa saya menyukai fotografi ? Ianya adalah cara saya meningati sesuatu.

Kita tak akan ingat semua perkara, benda yang menarik akan dilupakan bila masa berlalu.

Fotografi memberikan saya satu cara bagi mengingati kenangan istimewa hidup saya.

Walaupun itu gambar biasa, saya tetap mengambilnya secara serius.

KENAPA ?

Saya sentiasa mahukan yang terbaik bagi setiap saat rakaman itu.

Satu rakaman istimewa itu mungkin tiada nilai pada hari ini, tapi 10 tahun akan datang ? Pernahkah kita fikirkan ?

Kenangan istimewa ini paling berharga, semua orang akan mencarinya.

Inilah motivasi saya dalam memberikan terbaik. Tiada istilah bermain bagi setiap hasil kerja melainkan perkhidmatan kemahiran terbaik sahaja.

“ Bukan kamera yang menjamin sesuatu gambar itu menarik, tetapi siapa di belakang kamera itu akan menentukan. “

Hobi, keghairahan serta semangat dalam bidang fotografi memberikan saya satu inspirasi.

Inspirasi dimana saya berkongsi dengan orang lain kemahiran serta hasil terbaik saya bagi kenangan istimewa mereka.

Selain merakam, saya kongsikan ilmu dan pengalaman saya kepada semua pembaca. Ilmu dimana tidak ternilai bagi saya. Ingat,

“Fotografi adalah tentang keistimewaan dan kenangan, bukan sekadar memetik butang kamera.”


Semoga semua orang akan berkongsi ilmu serta kemahiran yang saya curahkan bagi kebaikan semua.

Saya Mohd Hafizi, seorang jurugambar “sporting” yang memburu peningkatan dan kualiti terbaik.

Semoga perkongsian dan perkhidmatan saya akan memberi kegembiraan serta kecerian kepada anda semua.