Berikut adalah persoalan lazim yang sering ditanyakan kepada kami. Mungkin dapat membantu menjawab kemusykilan anda:
Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi kami secara terus samaada melalui talian telefon 014-5165948(Hafizi) ataupun emailkan kepada kami tulipputihfoto@gmail.com.
Memandangkan Tulip Putih Production dijalankan secara Small Office Home Office(SOHO), kami tidak mempunyai premis fizikal ataupun studio, sebaliknya semua urusan dijalankan dari rumah sahaja berpusat di Kuala Lumpur.
Bagi tugasan studio, kami akan mencari studio berhampiran dan lengkap kelengkapan bagi menjalankan tugasan.
YA. Kami tidak menghadkan perkhidmatan kami hanya disekitar Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur sebaliknya merangkumi seluruh lokasi di Malaysia.
Walaupun begitu, bagi lokasi luar, kami akan mengenakan caj tambahan seperti caj perjalanan, tol dan penginapan sekiranya perlu bermalam di lokasi.

Nilai deposit ialah sebanyak 30% DARI KESELURUHAN HARGA PAKEJ yang ingin ditempah.
Penetapan nilai deposit ini adalah disebabkan oleh tempahan ke atas tarikh.
Kami akan menjalankan tugasan hanya di atas tarikh yang ditempah, dan akan menolak tempahan lain pada waktu yang sama.
Kami tidak menetapkan tarikh akhir untuk pembayaran deposit bagi tempahan, tetapi kami menjalankan polisi First-Pay (Deposit) First-Served (Ditempah).
Sekiranya deposit sudah dibayar,kami akan menutup tempahan pada tarikh tersebut.
Namun, untuk mengelakkan ketiadaan jurufoto, tempahan SE-AWAL (6) BULAN adalah digalakkan terutamanya melibatkan tarikh yang “panas” seperti sewaktu cuti umum dan cuti perayaan.
Bagi urusan keselamatan, setiap transaksi akan diberikan resit bagi menjadi rujukan kedua pihak.
Untuk pembayaran akhir, kami memberikan selewatnya 7 hari @ seminggu selepas majlis tersebut dijalankan bagi pembayaran baki pakej.
Sekiranya pembayaran tidak dijalankan meningkut waktu ditetapkan, pihak kami mempunyai kuasa untuk melanjutkan tarikh akhir pencetakkan dari 4 bulan ke 6 bulan bergantung kepada tarikh pembayaran selesai.
Adalah diingatkan bahawa bagi pelanggan inginkan pos, cas tambahan Rm20 akan dikenakan.
Proses penyediaan item-item pakej bagi tujuan serahan selalunya mengambil masa SATU (1) SETENGAH KE EMPAT (4) BULAN.
Tetapi ini semua bergantung ke atas jenis pakej yang ditempah.
Sekiranya anda inginkan tempoh penyerahan yang lebih singkat, ini tertakluk dan bergantung kepada budi bicara Tulip Putih Production.

Kami di Tulip Putih Production tidak menghadkan bilangan waktu bekerja secara ketat, sebaliknya meletakkan anggaran waktu secara amnya kepada pelanggan kami.
Sebagai contoh, kebiasaannya kiraan jam bagi majlis akad nikah adalah 2 jam dan bersanding adalah sebanyak 3 jam.
Namun sekiranya berlaku kelewatan akibat perkara tidak dapat dielakkan seperti kemalangan,kami boleh bertimbang rasa berkenaan waktu kerja kami,
TETAPI sekiranya kelewatan adalah disebabkan faktor pelanggan, caj tambahan akan dikenakan bagi penambahan sesi sebanyak RM80 PER JAM.
YA. Apa sahaja majlis lain yang asalnya tidak dinyatakan di dalam pakej yang ingin ditempah, akan dikira sebagai sesi tambahan.
Antara sesi tambahan yang pernah diminta oleh pelanggan selain aqiqah ialah sesi berinai dan sesi tukar persalinan.
YA. Selain dari idea-idea lokasi dari kami, saranan anda juga adalah dialu-alukan.
Tetapi kami menasihatkan anda agar memilih lokasi outdoor yang tidak terlalu jauh dari lokasi majlis atas sebab seperti hari hujan (akibat cuaca di sebelah petang yang tidak menentu), atau hari sudah terlalu gelap (lokasi tidak berlampu).
Selain itu, pengantin juga sudah terlalu keletihan kerana terpaksa melalui perjalanan yang sesak dan jauh sewaktu menuju ke lokasi outdoor.
Kami juga mengalu-alukan penyertaan saudara-mara serta sahabat-handai ke sesi Outdoor bagi memeriahkan lagi suasana photoshoot buat pengantin yang mungkin malu-malu untuk beraksi di hadapan kamera di tempat awam.

KESEMUA gambar yang diambil tanpa had bagi setiap sesi akan diserahkan dalam bentuk DVD softcopy @ Pendrive.
Setiap gambar adalah dalam saiz dan resolusi ready-to-print.
TIDAK KESEMUA gambar akan diedit penuh kecuali gambar terpilih yang dimuatkan ke dalam album sahaja akan diedit secara “advance” oleh kami.
Apakah jaminan dari Tulip Putih Photography bahawa jurufoto pasti hadir pada majlis perkahwinan saya nanti?
Kami memahami dilema anda apatah lagi majlis perkahwinan bukannya boleh diulang semula.
Kerana itulah kami sedar akan besarnya tanggungjawab kami memikul kepercayaan anda terhadap kami.
Tulip Putih Production adalah perniagaan yang dijalankan melalui minat kami yang mendalam dalam fotografi.
Inilah bread & butter (nafkah dan mata pencarian) kami, dan untuk merosakkan kepercayaan anda adalah amat buruk sekali bagi diri kami.
Reputasi syarikat kami adalah amat penting yang mana harus kami jaga dengan baik.
Dalam kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan contohnya, kami masih mempunyai jurufoto sokongan dengan skil dan pengalaman yang setanding dengan Senior Photographer untuk dijadikan jurufoto gantian.

Ada yang terlalu murah, dan ada pula yang terlampau mahal. Mengapakah terdapat jurang perbezaan harga sebegini?
Tinggi atau rendah harga yang diletakkan oleh seseorang jurufoto bagi perkhidmatan fotografi perkahwinan adalah berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman yang telah dimiliki oleh jurufoto tersebut.
Seorang jurufoto dengan pengalaman lima (6) tahun contohnya, mempunyai pengetahuan yang luas dan berpengalaman dalam fotografi perkahwinan, dan akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding jurufoto yang masih baru menceburi bidang ini.
Selain dari itu, harga yang lebih rendah mungkin ditawarkan oleh jurufoto yang menjalankan perkhidmatan fotografi perkahwinan secara part-time, berbanding jurufoto sepenuh masa.
Dan dengan harga rendah ini ada juga sebilangan kecil jurufoto part-time yang tidak sepenuhnya komited dengan tugasan yang disandang.
Faktor kualiti hasil akhir serta perkhidmatan tambahan juga menyumbang kepada perbezaan harga di antara satu jurufoto dengan satu jurufoto yang lain.
Anda harus sedar bahawa masih ada segelintir jurufoto yang menawarkan pakej dengan harga yang rendah tetapi kualiti perkhidmatan serta hasil akhir yang diberi adalah rendah dan tidak berbaloi dengan harga.