Tips Pemilihan Album Yang Sesuai. Custom Album vs Photobook

Custom album atau photobook ?

“Apa beza custom album dengan photobook ya? “

“Mana menarik, custom album atau photobook? “

Pertanyaan sebegini menjadi rutin harian bagi seorang jurufoto mahupun bakal pengantin.

Tetapi pernahkan kita terfikir adakah jenis album ini sesuai dengan citarasa kita?

Saya akan kongsikan sedikit sebanyak cara pemilihan album yang sesuai dengan citarasa anda.

Perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai jurugambar perkahwinan disamping menyediakan album untuk pelanggan saya.

Kenali Kandungan Album Kita

Anda suka album anda dalam bentuk ekslusif atau anda suka album yang klasik ?

Tolak ke tepi dahulu persoalan ini.

Ramai yang mahukan pelbagai jenis album tetapi pengalaman saya, kebanyakkan pelanggan tidak tahu apa yang boleh atau tidak dalam sesuatu album itu.

Pastikan kita mempunyai target yang betul bagi kandungan album yang ingin diperolehi.

Anda hendaklah memilih samaada anda mahukan sebuah album yang mempunyai hak privasi anda sendiri dalam setiap rakaman tersebut atau sebaliknya.

Penetapan ringkas ini amat membantu dalam pemilihan album.

Setiap album mempunyai perbezaan dari segi bilangan muka surat, saiz paparan dan kualiti cetakan.

Custom album berserta briefcase yang disediakan untuk pelanggan Tulip Putih

Bagi album yang lebih bersifat privasi dan hanya rakaman highlights hari istimewa anda, custom album adalah pilihan yang lebih sesuai.

Walaupun tidak mempunyai bilangan muka surat yang banyak, custom album mampu memberikan hasil kualiti yang tinggi bagi gambar yang hanya memfokuskan anda.

Kualiti dakwat yang digunakan ke atas custom album ini lebih menyerlah.

Sekiranya anda memilih seorang juru gambar atas hasil editing mereka, pastikan memilih custom album kerana ianya akan menimbulkan kesan editing mereka !

Dakwat cetakan lebih jelas kelihatan pada kertas custom album

Album photobook pula lebih sesuai bagi mereka yang inginkan sebuah album yang mempunyai hampir keseluruhan rakaman pada majlis anda.

Walaupun tidak memberikan kualiti kertas yang sama seperti custom album, photobook menawarkan bilangan muka surat yang lebih banyak.

Photobook biasanya ditawarkan dalam 40 muka surat.

Walaupun begitu, pemerhatian saya melihat kesan editing seorang jurufoto agak kurang menyerlah apabila dicetak ke atas kertas photobook ini.

Jika anda tetap ingin memilihnya, saya cadangkan memilih glossy paper bagi pilihan kertas album tersebut.

Ianya agak membantu dalam menaikkan warna gambar anda walaupun ianya senang berkedut.

Matte paper walaupun memberikan kesan seperti klasik, ianya mempunyai ketahanan yang lebih baik berbanding glossy paper.

Photobook album lebih kecil dan ringan kerana penggunaan kertas yang lebih nipis berbanding custom album

Elegan , Ekslusif Atau Kemasan Fabrik Kulit

Pada perkongsian ini saya hanya menyentuh perbezaan album secara kasar sahaja dan perkongsian akan datang saya akan kongsi perbezaan premium dan standard album.

Album perkahwinan yang dihasilkan mempunyai perbezaan ketara dari segi mutu penghasilan akhir album tersebut.

Ada album yang dihasilkan bagi menimbulkan kesan kemasan bersifat ekslusif dan ada yang memfokuskan kemasan kulit bagi bersifat klasik.

Crystal cover bagi album custom. Walaupun berat, ianya sangat tahan lasak !

Secara amnya, custom album mempunyai kemasan akhir yang lebih elegan dan ekslusif.

Custom album kebiasaannya diberikan crystal cover.

Penambahan crystal ini memberikan lebih ketahanan kepada album dan menimbulkan kesan 3D pada bahagian depan.

Crystal memberikan lebih pelindungan kepada album. Ianya akan membuatkan album kelihatan lebih tebal

Kemasan kulit kebiasaan menjadi pilihan bagi photobook album.

Bagi saya, saya lebih memilih bagi menghasilkan kemasan akhir photobook menggunakan kulit + fabrik bagi memberikan lebih ketahanan.

Penggunaan fabrik kulit ini amat membantu dalam penjagaan album.

Namun ingat, andai terdapat kotoran ianya sedikit sukar dibersihkan. Jadi saya lebih gemar memilih warna yang lebih ke arah gelap bagi kemasan akhir album photobook ini.

Photobook yang menggunakan kemasan akhir kulit fabrik.

Ada sesetengah jurugambar menggunakan kemasan akhir yang berbeza.

Ini merangkumi banyak perkara seperti pemotongan bajet mahupun mencari perbezaan.

Kemasan akhir photobook dari pihak kami secara lebih dekat.

Ingat, barangan baik tidak datang dengan nilai yang murah ya. =D

 

Pemilihan Saiz Album. Penting Ke?

Pemilihan saiz album yang betul dan bertepatan amat membantu dalam memastikan “keselesaan” melihat gambar.

Tidak salah anda hendak menjimatkan bajet tetapi harus diingatkan album yang direka secara manual ini akan kelihatan sangat sesak bila diletakkan banyak gambar.

Ambil contoh mudah seperti di bawah:

“Sekiranya sebuah Bikar dimasukkan biji guli sehingga penuh dan sebuah lagi Bikar yang sama saiz dimasukkan buah limau sehingga penuh, yang manakah akan kelihatan besar dan senang dilihat ?”

Lihat, betapa mudah kita melihat analogi tersebut.

Saya kebiasaan mereka album bersaiz 10 x 12 ke atas bagi pelanggan saya.

Susunan gambar boleh disusun dengan lebih besar dan kemas dalam sesuatu album.

Pemilihan saiz album ini membantu dalam menyusun gambar dengan lebih selesa dan memudahkan pelanggan melihat hasil mereka.

Berikut antara saiz – saiz album
  •  8  x  8 inci
  •  8  x 10 inci
  •  8  x 12 inci
  • 10 x 12 inci
  • 10 x 15 inci
  • 12 x 15 inci
  • 12 x 18 inci

Selamat memilih album yang terbaik bagi rakaman istimewa anda.

Semoga penulisan ini membantu pihak anda dalam menentukan jenis album yang sesuai.

Leave a Comment