Comel nya Awak ! Tips Rakaman Bersama Kanak – Kanak

Comel

Antara perkataan yang biasa kita dengari apabila merujuk kepada kanak-kanak.

Bekerja bersama kanak – kanak sangat berbeza jika dibanding dengan bekerja bersama orang dewasa.

Mereka bukan sahaja aktif, tetapi mereka perlu dibimbing, dipuji , diasuh dan yang utama adalah mereka perlu kelihatan comel !

Mari lihat perkongsian bagi rakaman kanak-kanak bersama kami tulip putih production.

1. Membuatkan mereka kelihatan comel nampak mudah dan menyenangkan namun sekiranya tersilap mereka boleh berubah menjadi “moody”. Antara tips yang saya perolehi ketika melakukan rakaman bersama kanak-kanak adalah membiarkan mereka bermain ketika sesi rakaman berjalan.

Kanak-kanak tetap berada dalam imaginasi mereka dimana sahaja mereka berada. Kelekaan mereka ketika bermain itulah yang membuatkan mereka kelihatan comel. “Candit shoot” antara elemen yang perlu diberikan perhatian. Sediakan ruangan di antara juru gambar dan kanak-kanak. Jangan terlalu rapat ketika sesi rakaman dijalankan.

2. Jika anda mempunyai props, sediakan props itu bagi memboleh kanak-kanak bermain. Elemen props yang bersesuaian membolehkan sesuatu aksi @ rakaman istimewa itu kelihatan comel dan mudah dilakukan.

Ketika sesi rakaman dijalankan, jangan terlalu serius. Mereka adalah kanak-kanak yang hanya mengenali permainan dan mereka tidak mengerti dunia kita.

3. Banyakkan interaksi dan perbualan bagi memastikan kanak-kanak ini berada dalam keadaan selesa, gembira serta tiada tekanan. Jangan bisu! Anda bukan bekerja dengan orang dewasa yang memahami permintaan anda melalui skrip arahan.

4. Pemilihan waktu yang bersuaian memainkan peranan ketika sesi rakaman. Hasil dari pengalaman saya, kanak-kanak yang menjalani sesi rakaman waktu pagi lebih aktif , mempunyai emosi yang baik serta lebih gembira. Ini adalah elemen yang diperlukan bagi memastikan mereka kelihatan riang ketika sesi rakaman ya !

Kanak-kanak yang diajak untuk rakaman pada waktu petang biasaanya agak sedikit penat atau tidak bertenaga. Kita pun boleh tertidur kalau kerja waktu petang kan? Ops

5. Walaupun kita hendak menjadikan kanak-kanak itu sebagai model, haruslah diingatkan bahawa gaya comel itu bukan dari diri mereka sahaja. Barangan yang dipakaikan ke atas kanak-kanak itu perlulah bersesuaian dengan latar belakang.

Sekiranya menggunakan white background @ studio shoot anda tidak mempunyai banyak masalah namun jika rakaman dijalankan diluar, sila berhati-hati dengan kriteria pemilihan barangan terbabit. Tetapkan sasaran anda bagi tema rakaman terbabit. Kalau anda ingin sediakan konsep taman, janganlah pakaikan kanak-kanak itu pakaian perang =)

6. Pastikan barangan yang ingin digunakan ke atas kanak-kanak itu selesa. Barangan yang ketat, berat mungkin membuatkan mereka tidak selesa dan kadang kala mereka akan meragam. Pilihlah barangan bersesuai dan buatkan kanak-kanak itu menjadi “diva” ketika sesi rakaman.

Ingat, “diva” memang cerewet tetapi kalau dah kena angin, mereka sangat comel.

Nah gula-gula!!

7. Sesiapa pun suka kalau dapat hadiah kan? Berikan sesuatu ganjaran kepada kanak-kanak selepas mereka selesai menjalankan tugasan mereka atau ketika mereka “moody”. Ini akan memastikan mereka menjadi aktif dan positif selain memudahkan tugasan kita. So jangan lupa sediakan ya !

Leave a Comment