Hidayah ∝ Adli

Hidayah & Adli

“When Allah wants two hearts to meet, He will move both of them, not just one.”

Cinta sejak zaman persekolah yang makin mekar setiap hari. Berpaksikan kepada kejujuran dan kepercayaan, saban hari ikatan kasih sayang mereka semakin rapat. Pasangan yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini memilih mengabadikan kenangan manis mereka melalui konsep taman.

Pemilihan taman yang penuh dengan elemen kehijauan menarik minat mereka bagi membolehkan Hidayah dan Adli lebih dekat bersama alam. Selain pemilihan tapak rakaman berkonsepkan taman, props tambahan seperti belon digunakan bagi menaikkan lagi kehangatan cinta mereka.

Alhamdulilah , rakaman Hidayah dan Adli dapat diselesaikan dengan pelbagai gelak ketawa dan kenangan manis. Thanks guys !! Seronok bekerja bersama anda. =D

Read more

Hidayah & Adli

Terima Kasih !!

Ini perkataan pertama yang ingin kami kreditkan kepada pasangan ini. Mereka mempercayai hasil kerja kami dan mereka menempah slot fotografi bersama kami SETAHUN lebih awal. Pasangan ini memilih konsep santai dan ringkas dalam pre -wedding mereka.

Pantai Bukit Keluang menjadi pilihan mereka walaupun mereka tinggal di Pasir Mas , Kelantan. Kami memilih untuk menggunakan tone klasik bagi pre weeding mereka. Lihatlah hasil kerja kami.

Read more