Cantik , Ringkas Dan Menarik Raja Sehari

Cantik

Ini kriteria utama yang menjadi pilihan pengantin namun mereka hendak kelihatan ringkas dan manis di hari istimewa mereka. Namun ramaikah yang tahu cara pemilihan yang sesuai? Penulisan ini ditulis dari pengalaman saya sebagai seorang juru gambar perkahwinan.

Tak semestinya anda berbelanja mahal namun anda akan kelihatan cantik di hari perkahwinan. Jadi nak tahu tips dan perkongisian saya , jom tengok di bawah.

1. Memilih busana berwarna cerah @ muda.

Pemilihan warna yang bersesuaian amat memainkan perananan dalam mood majlis anda. Sekiranya anda meminati hasil kerja yang tampak cantik ceria, positif, dan kelihatan ringkas di majlis anda, saya amat mengalakkan pemilihan warna begini. Warna-warna yang gelap @ pekat akan membuat anda kelihatan garang dan sangat serius !

Ditambah dengan mekap yang tebal, ianya pasti membuatkan orang merasakan anda sedang berperang. Seram T_T

2. Mekap yang ringkas.

Tahukah anda sesetengah mekap akan membuatkan anda kelihatan tua? Kenalpasti jenis mekap pilihan jurumekap kita. Jangan tunggu hari majlis istimewa anda kemudiaan baru anda lihat hasilnya setelah dimekapkan. Berani ke bertaruh samaada mekap itu membuatkan anda cantik atau tidak ?

Pemilihan mekap yang sesuai akan membuatkan anda kelihatan “fresh” dan nampak muda NAMUN tersilap pilih mekap anda boleh kelihatan berusia dari umur anda !!

3. Interaksi dengan juru acara

Tidak kira anda melangsungkan majlis di dewan @ rumah, pastikan ada seseorang mengendalikan majlis tersebut ! Selain memudahkan pergerakkan pengantin, ianya akan membantu menjadikan majlis kelihatan lancar dan terkawal.

Perjalanan yang lancar ketika majlis amat menyenangkan pengantin. Mereka gembira, mood baik dan semestinya dapat memberikan senyuman yang cantik kan ?

Persediaan awal amatlah penting dan pengantin sendiri harus memastikan siapa orang VVIP yang perlu didahului dan diberikan perhatian. Pastikan juru acara anda mengetahui siapakah VVIP itu. Ingat, masa berjalan PANTAS

4. Berkerjasama dengan juru gambar.

Hello,saya jurugambar anda!! Ramai pengantin membayar jurugambar namun tidak bekerja bersama juru gambar.

Dari pengalaman saya, pengantin yang memudahkan tugas juru gambar akan memperolehi hasil terbaik dan lebih cantik. Ini kerana juru gambar memerlukan anda bagi merakamkan saat istimewa mereka. Janganlah marah @ susah mereka sekiranya jurugambar ini mencadangkan sesuatu. Mereka berusaha memberikan hasil yang cantik dipandang oleh klien mereka.

Sekiranya anda tidak menyukainya, mohonlah cadangan menukarkannya dengan pilihan lebih baik. Juru gambar kebiasaannya mengetahui waktu-waktu sesuai untuk bergambar, ini kerana mereka ingin memastikan pengantin kelihatan cergas dan semangat ketika bergambar.

Elakkan untuk bergambar lewat setelah majlis, ini kerana anda akan kelihatan letih dan tidak bermaya. Gambar boleh dirakam tetapi ekspresi wajah anda tidak dapat diubah.

5. Makan sebelum majlis.

Ini mungkin nampak tidak masuk akal kan? Tetapi sangat berbeza pengantin yang makan sebelum majlis dan ketika majlis. Pengantin yang mengambil makanan sebelum majlis kelihatan bertenaga dan bersemangat.

Mereka umpama mengambil tenaga baru jika makan sebelum majlis. Ini terjadi kerana pengantin akan terlampau “sibuk” untuk persiapan majlis dan ada yang tidak makan !

Ya betul anda boleh makan ketika majlis makan beradap, namun saya melihat sangat berbeza wajah pengantin terutama perempuan. Mekap yang dipakai oleh mereka akan sedikit pecah selepas majlis makan beradap itu. Tambahan pula mungkin ada sisa makanan @ minyak melekap kt pengantin selepas majlis makan beradap tu. Itu bukanĀ  PAKEJ TAMBAHAN untuk cantik.

Kalau ada kesenangan , saya amat mencadangkan anda sediakan pembantu bagi touch-up balik mekap anda ya !

 

Bukan sukar untuk jadikan majlis anda kelihatan cantik,lancar, serta menjadi kenangan terindah anda. Jangan malu bertanya, dapatkan pengalaman dari kawan-kawan atau orang yang selalu menguruskan majlis ini. Persiapan yang bagus akan memberikan hasil yang menarik..

Leave a Comment