MOHD HAFIZI ABDULLAH

Saya merupakan seorang jurugambar perkahwinan profesional pantai timur, dilahirkan dan dibesarkan dengan pelbagai latar belakang budaya menarik di negeri ini.

Fotografi adalah satu keghairahan bagi saya. Sebagai jurugambar berpengalaman selama lebih dari 8 tahun ,ianya memberikan saya pengalaman yang mencukupi dalam industri perkahwinan serta lain – lain dari pelbagai perspektif.

Pengalaman menuntut ilmu ini memberikan kelebihan kepada saya bagi  mengubah gaya fotografi saya untuk merakamkan dengan cara yang unik. Saya meminati untuk menghasilkan imej yang cantik dan terang bagi menimbulkan rasa emosi dan suasana yang tenang serta positif.

Studio kami menyediakan pelbagai perkhidmatan fotografi yang profesional seperti photojournalism perkahwinan, pra-perkahwinan atau pertunangan, bulan madu dan fotografi perjalanan. Berpusat di Kuala Lumpur dan bersedia untuk perkahwinan destinasi di seluruh dunia.

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi Kami

Phone: 014 – 5165948
Address: Jalan 6/38 C Taman Sri Kepong Baru, 52100 Segambut, Kuala Lumpur.
Facebook Pages: Tulip Putih Production
Instagram: https://www.instagram.com/tulipputihproduction

 

Leave a Comment